Malam Naungan Rahmat, Limpahan Berkat

Majlis doa selamat ‘Malam Naungan Rahmat, Limpahan Berkat’ yang diadakan pada Sabtu lalu turut menjadi platform untuk membantu beberapa artis veteran seperti Zaiton Sameon, Isma Aliff, Sofia Ibrahim, Mak Jah, Shuib Freedom serta anak yatim dan pelajar tahfiz.

“Majlis ini diadakan bukan sahaja untuk memohon rahmat dan keberkatan tetapi menjadi platform dalam membantu artis veteran yang telah banyak berjasa kepada industri seni tanah air.

“Restoran Saloma Kuala Lumpur akan menyemarakkan semangat setiakawan yang menjadi pegangan artis-artis lama seperti Puan Sri Saloma dan Tan Sri P Ramlee,” ujarnya.

Restoran Saloma Kuala Lumpur yang terletak di ibu negara menampilkan gabungan seni kulinari dan budaya warisan Melayu diinspirasikan daripada keunggulan seni P Ramlee dan Saloma.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *